Tuesday, 10 April 2018

Wanita

Salam
Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Huhu

Dah bhabuk rasanya hahaha
Harini aku ke pasar malam seperti biasa setiap hari selasa.

Kebiasaannya motif aku kena sana ialah beli ayam bakar kesukaan aku dan usha awek dari siam tudung labuh yg slalu pergi jugak ke sana.

Malang nya harini aku tak dapat ayam aku nak harini dan awek yg slalu aku usha aku tak jumpa.

Tapi apa yang buat berperasaan gembira bercampur sedih dari tadi sampai ke saat aku menaip skrang ni ialah kecantikan seorang wanita yg aku tjumpa kat pasar malam tdi. Sumpah cantik sangat2 dah aku tak dapat nak lupakan wajah dia yang ayu tu.

Seorang wanita berkulit putih . Berwajah manis. Bertudung labuh kelabu. Berpakaian simple tapi menutup aurat. Dan jalan bersama yg aku pcaya itu adiknya sebab muka hampir sama.

Dalam perjalanan pulang aku terpikir mempunyai isteri seperti dia....namun di pertengahan jalan menitis air mata aku di atas motor. Tak sangka orang sehina sedosa aku ni ingin beristri kan seorang yg cantik seperti tu.

Sungguh aku lupa akan dosa2 aku. Orang sehina aku yg kadang2 lupa wujud nya dosa pahala hanya kerana nafsu dunia.

Sungguh bodoh diri ini.

Aku cuba        Berubah.......

Saturday, 10 February 2018

Sampah

Aku rasa mcm nak menulis

Tapi dalam waktu yang sama aku rasa mcm aku perlu berhenti menulis kat sini.

Terlalu banyak benda aku tulis kat sini

Sebab bila aku bukak blog ni aku rasa suram

Aku rasa ada yang menarik aku ke bawah

Aku rasa tak bersemangat

Di mana aku rasa seolah olah aku didalam satu kotak yang gelap tanpa secebis cahaya.

Terlalu banyak peristiwa pahit aku pahatkan disini.

Blog ni ibarat satu kumpulan sampah yang aku hanya datang bila ada perasaan sampah dalam hati aku.

Semakin lama semakin bertimbun sampah ni.

kalau la boleh aku recycle. hmmmm

Takde sapa yang boleh recycle kan untuk aku

Kelakarkan bunyinya?

A.U

Wednesday, 31 January 2018

sleepless

Malam ni rasa nya dah dua malam aku tak dapat tidur malam

semuanya kerana memikirkan soal masa depan aku sendiri...

aku risau

aku takut aku fail sebab aku dah lama buang masa. aku nak intern nak kerja nak berbakti kat keluarga..

dan tdi aku call ptptn dan tnya berkenaan lanjutan pinjaman tapi tak dibenarkan atas sebab pointer sem 6 aku bawah 2. sebab time tu aku sengaja fail kan fyp

bodoh nya akuuuuuu!

bodoh! bodoh!

sekarang baru nak menyesal

sumpah aku tanak susahkan mak aku. kesian dia. sejak ayah aku jatuh sakit mak aku lah yg fikirkan tentang family kami ni.

ya Allah permudahkn lah aku

aku tahu ini dugaan dari mu. kuatkan lah aku

sumpah rasa nak nangis

setiap kali aku nak mintak duit dari mak aku terdetik di fikiran aku. "sungguh tak guna aku ni. nama ja anak lelaki . dah besar pun masih mengharapkan mak ayah".

Ya Allah lemahnya aku ni.

kesiankan lah mak aku . kuat kan lah dia. andai dia meninggal kelak. masuk kan lah dia ke dalam syurga tanpa azab ya Allah.

aku merayu.

ordinaryau

Monday, 29 January 2018

tryin to change myself

Assalamualaikummm semuaaaa huhu

okay post semalam aku cakap aku nak berubah kan ?

harini aku terjumpa satu tweet yg disekali kan dengan satu gmbar dimana dalam gmbar tu ada satu kertas berbentuk segi empat leboorr(lupa plak nama betul segi empat tu) tapi dalam kertas tu tertulis amalan harian muslimah tersebut.

mcm tu je Allah cuba tunjuk aku jalan untuk alu berubah je jalan-Nya semula. 

aku cukup kagum dan sedih pada masa yg sama di mana kagum sebab dia mampu buat mcm tu dan sedih sebab aku sekarang dah berubah di mana cuma mampu solat 5 waktu dan baca yassin setiap jumaat malam ja. kahfi tu pun jarang2.

Aku bukan lah aku yang dulu.

Aku dulu rasa bersalah sangat tak pergi masjid. buat tutorial pun kat masjid. tidur kat masjid malam.

sekarang ? seminggu sekali tu pun hari jumaat je. nasib ada solat jumaat. kalau takde tu . 2 kali je setahun.
raya haji
raya aidilfitri

Aku kena cari balik diri aku yang dulu.

semoga Allah mudahkan aku.

Dah jauh aku terpesong ni.

tu je kut malam ni. Salam

Saturday, 27 January 2018

tak guna

beginikah rasa tak guna ?

bila kau terpaku tidak membuat apa

sebaliknya hanya membuang masa

membuat benda tak berfaedah

tatkala teman mu sedang mengejar cahaya
aku masih di sini menunggu penyuluh cahaya ku
sungguh lemah dirimu ini
mengharap kan kudrat lain sedangkan kamu juga punya kudrat mu sndiri

fabbiy ai yi a'la irabbikuma tukazziban?

aku harus berubah

bukan!

aku wajib berubah. semoga aku mampu berubah menjadi insan lebih berguna

malu diri ini melihat insan lain sudah mampu mengdukung keluarganya..

aku disini masih didukung keluargaku sndiri.

dimanakah maruah aku sebagai seorang anak lelaki ?